Cara menyimpan susu perahan EBM

Menyusukan badan untuk anak adalah satu perkara tak terungkap bagi saya. Saya seronok membuat susu perahan, EBM untuk anak saya. Ada yang nk tahu cara menyimpan susu perahan EBM? Saya kongsikan dari bahan bacaan saya dan pengalaman hampir 2 tahun saya menyusukan anak2 saya serta cara saya membuat stok susu perahan EBM. 

1. Penyimpanan susu perahan EBM untuk 5 hari.

Saya memerah susu perahan pada jam 10 pagi dan 4 petang (waktu bekerja). Waktu rehat saya balik rumah, direct bfeed anak2.

Dan, jika saya menyimpan susu perahan di peti sejuk 1 pintu (opis) ianya bertahan selama 5 hari. 

Tetapi, saya bawa balik susu perahan hari2 ke rumah. Samada untuk di minum hari yang sama atau pun esok harinya. 

Jika ada stok lebihan susu perahan, baru lah saya simpan susu perahan di peti sejuk bahagian atas (peti sejuk 2 pintu - beku). Boleh lah susu perahan bertahan 3-4 bulan.



Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM
2. Penyimpanan susu perahan di opis (jika tiada peti sejuk) - 24jam
Tahun lepas saya tiada peti sejuk d opis. So, saya menggunakan cooler bag dan 3  ice pack untuk menyimpan susu-susu perahan saya. Ianya bertahan untuk 24jam. Ice pack tu saya bekukan dalam masa 8jam sehari (mlm - di rumah).


3.  Penyimpanan susu perahan yang beku.
  • botolkan atau simpan susu perahan EBM di dalam plastik khas.
  • labelkan tarikh dan masa setiap pek susu perahan EBM .
  • sesudah cairkan susu perahan yang beku. Tidak boleh di bekukan susu perahan EBM kembali.




4. Penyimpanan susu perahan yang di campur pada waktu berlainan. 
Saya tidak mencampurkan susu perahan EBM saya kecuali jika ianya di pump pd waktu yang sama (double pumping- masukkan ke dlam plastik EBM)

Tahun lps saya packingkan susu perahan EBM  2oz atau 3oz setiap beg plastik. Senang sekali pakai je. Tak terbuang susu perahan EBM tu nanti.


5. Penyimpanan susu perahan yang tidak habis diminum.
Saya akan menunggu sehingga 3-4 jam susu perahan EBM untuk di berikan kepada anak saya. Saya biarkan susu perahan EBM saya berada di suhu bilik sahaja.

6. Mencairkan susu perahan yang beku.
Cara saya memanaskan susu perahan EBM adalah menggunakan botol warmer. tapi anak kedua ni menggunakan botol MAM bontotnya agak besar, maka saya hanya rendam ke dalam mug (yg diisikan air panas).

Susu susu perahan EBM TIDAK BOLEH di cairkan dgn;-
  • memanaskan susu perahan EBM di atas dapur
  • menggunakan microwave.


7. Cara menggunakan susu perahan EBM.
  • Gunakan susu perahan EBM paling lama dalam simpanan
  • Saya mendapat susu perahan EBM 12oz sehari. 6oz susu perahan EBM untuk di bekukan dan 6oz susu perahan EBM lagi saya suka bagi untuk hari yang sama.
  • Susu perahan EBM beku - bawa turun susu perahan EBM ke pintu peti sejuk bah bawah. Esok baru guna (saya gunakan susu perahan EBM dalam masa 24 jam)







Ini lah antara tips susu perahan EBM dari bf mom untuk kedua-dua anak saya ;)
Enjoy breastfeeding uols!!


Rujukan:-




: Jom Chit Chat :
COD: Kajang / Cheras/ Subang
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com