Makan Malam di Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru










Malam minggu lepas, kami pekena Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru Kuala Lumpur. Ramai yang buat review sambal Nasi Lemak Antarabangsa sedap dah di perbaharui. Lagi pun, saya memang penggemar Nasi Lemak Kg Baru. JAdiknya, memang cecepat zaaaas la makan malam di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru Kuala Lumpur.




























Terliur2 dengan menu yang ada, sampai kompius tetiba nak pilih lauk. rasa macam nak pekena semua lauk. Tapi, kalau amek semua lauk macam gelojoh je nampaknya kan? Kita amek, 1-2 lauk je dulu...Lain hari, kita try lauk lain pulak.






Nasi Lemak Sambal Sotong pilihan di hati, sambal pedas pedas manis.... hanya di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru



Malam minggu aritu, ramai PM tanya kan harga-harga lauk di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru. Uols, harga ni tak naik tau April nanti. Walau pun ada GST, tapi harga Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru tetap maintain gitu..... 
ha!! JIMAT dah kat situ,kan?



Masa datang tu, dok tengok2 je gerai air Kelapa Frutti ni. Dan..akhirnya, mmg tak lepaskan peluang ber'Kelapa Frutti' VIP. Hanya di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru je tau!!

Murah je Kelapa Frutti VIP ni. RM5 sahaja. Kalau beli air kelapa sahaja, kat tempat lain pun dah RM4. Tak kira aiskrim tu lagi kan?


Dan...air Kelapa Frutti Laici juga. Khas di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru je.


Manisan atau desert di akhir makan malam. Kuih Koci!! Saya sangat lah suka koci yang ada santan di luar. Lemak...lemak gituuu rasanya. Memang perggggh!



Habis sesi makan malam. Baru lah kita bergambar sekeluarga. Inilah, muka-muka kekenyangan dari ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.

Korang yang nak ke sini.
Ikut je Jalan Kg Baru tu sampai jumpa Jalan Raja Muda Musa yang ada pintu gerbang. Sebelah kiri je kedai Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru. Dekat je dengan tempat parking RM5.

Facebook: Kelapa Frutti


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com